Kejadian Manusia Perspektif Islam Dan Al-Quran
Kejadian manusia daripada sudut sains tidak berbeza dengan
perspektif Islam. Di dalam Quran, jelas menerangkan dengan terperinci kewujudan
proses manusia itu sendiri.
Secara ringkasnya, kejadian manusia itu dapat dikelaskan
kepada enam peringkat iaitu Nutfah, Alaqah, Mudghah, Izham dan Lahm, Tulang dan
Nafkhurm dan Lahm. Rajah di bawah menerangkan susunan peringkat-peringkat
kejadian manusia ini.
Peringkat Satu - Nutfah
Nutfah adalah
peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya
bermula setelah berlakunya percampuran air mani
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada
setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah
dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat " (surah
al-Insan ayat - 2)
Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan
nutfah ialah nutf yang membawa ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam
sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj
berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran. Berasaskan kepada
makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah)
menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan. Daripada
nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku
yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan
terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan
terbentuknya darah dan daging.
Peringkat Dua - Alaqah
Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu
pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telur yang sudah disenyawakan
itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah
nutfah menjadi alaqah.
Firman Allah yang bermaksud
" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"
(al-Mukminun : 14)
Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna
segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah
sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu
alaqah mempunyai beberapa maksud :
1.sesuatu yang bergantung atau melekat
2.pacat atau lintah
3.suatu buku atau ketulan darah
Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga
minggu ketiga di dalam rahim.
Peringkat Tiga - Mudghah
Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat.
Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah
al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14 Allah berfirman:
"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"
(Al-Mukminun : 14)
Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf
tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan
bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai
saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan
seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi ke situ bagi
membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu
sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.
Peringkat Empat - Izam dan Lahm
Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh
ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot.
Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka
tersebut.
Firman Allah yang bermaksud :
"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da
kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging" (Al-Mukminun : 14)
Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu
sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan
tulang belakang mula terbentuk.Serentak dengan itu sistem pernafasan dan
saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke paru-paru mula kelihatan.
Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing
dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula
tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu
kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.
Janin minggu ke-12
Peringkat Lima - Nasy'ah Khalqan Akhar
Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa
perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah
masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk
dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat,
pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam
kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun
perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.
Peringkat Enam - Nafkhur-Ruh
Ini merupakan peringkat terakhir di mana peringkat peniupan
roh.Para ulamak Islam sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat
puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks.
Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di
alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata
tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian
sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172.
Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan
martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t.
Setelah semua peringkat ini selesai, barulah seorang ibu
akan melahirkan seorang bayi yang sihat. Kepayahan dan pengorbanan seorang ibu
amat tinggi dan harus dikenang sepanjang masa.