Teori sains menggariskan, bayi yang di dalam kandungan akan
menghrungi tiga tahap utama iaitu Pre-embrionik, Embrionik dan fetus.
1) Tahap Pre-embrionik:
Pada tahap pertama, zigot tumbuh membesar melalui pembelahan
sel, dan terbentuklah segumpalan sel yang kemudian membenamkan diri pada
dinding rahim. Seiring pertumbuhan zigot yang semakin membesar, sel-sel
penyusunnya pun mengatur diri mereka sendiri guna membentuk tiga lapisan.
2) Tahap Embrionik:
Tahap kedua ini berlangsung selama lima setengah minggu.
Pada masa ini bayi disebut sebagai “embrio”. Pada tahap ini, organ dan sistem
tubuh bayi mulai terbentuk dari lapisan- lapisan sel tersebut.
3) Tahap fetus:
Dari tahap ini dan seterusnya, bayi disebut sebagai “fetus”.
Tahap ini dimulai sejak kehamilan bulan kelapan dan berakhir hingga masa
kelahiran. Ciri khusus tahapan ini adalah terlihatnya fetus menyerupai manusia,
dengan wajah, kedua tangan dan kakinya. Meskipun pada awalnya memiliki panjang
3 cm, kesemua organnya telah nampak. Tahap ini berlangsung selama kurang lebih
30 minggu, dan perkembangan berlanjut hingga minggu kelahiran.
Menurut kajian sains, manusia sebagai individu yang terdiri
daripada sel daging, tulang, saraf, darah dan lain-lain yang membentuk jasad.
Pertemuan benih ayah dan ibu membentuk janin dalam rahim ibu, yang tumbuh
secara evolusi. Setelah janin itu sempurna Ia lahir sebagai bayi. Jikalau
dipandang secara jasmaniah tidak banyak beza proses pertumbuhan janin manusia
daripada haiwan peringkat tinggi, akan tetapi setelah janin itu lahir sebagai
manusia , terdapat perbezaan yang asasi antara bayi manusia dan bayi haiwan,
perbezaan itu semakin hari akan kelihatan.Proses untuk menjadi lebih dewasa
bagi anak haiwan lebih cepat berbanding anak manusia.Sebagai contoh, anak ayam
setelah keluar daripada telur, ia akan boleh berjalan dan mencari makanan
sendiri. Akan tetapi, anak manusia memerlukan waktu yang lebih panjang dan lama
untuk dapat mencari makan. Anak manusia memerlukan waktu yang panjang untuk
mendapat pendidikanbagi dapat berdiri sendiri . Makin moden satu masyarakat,
maka makin lama masa yang diminta oleh pendidikan untuk mendewasakan warganya.
Anak haiwan tidak memerlukan pendidikan. Tindakan dan
nauluri perbuatan haiwan berasas dan dikendalikan oleh naluri. Naluri ialah
kemahuan tidak sedar dalam diri manusia, haiwan dan tumbuhan sejak ia lahir
lagi. Anak haiwan dengan sendirinya pandai makan tanpa perlu ditunjuk ajar oleh
orang tuanya.Burung dengan sendirinya dapat membuat sarang seperti yang dibuat
oleh ibunya sebelum ini.
Semenjak lahir, anak manusia telah membezakan dirinya
daripada anak haiwan. Ia mempunyai perasaan rohaniah dimana ia merasa suka dan
duka, ia ketawa dan menangis. Ia memiliki kehidupan batin padanya yang maan
tumbuh kesedaran akan diri dan persekitarannya dan apa yang paling penting
adalah tumbuh kemampuan untuk berfikir, sehingga dapat mempelajari bahasa yang
didengari daripada orang persekitarannya.Melalui bahasa itulah, anak manusia
itu dapat menyalurkan apa jua yang ada dalam dirinya kepada orang di
sekelilingnya. . Maka terjalinlah hubungan rohaniah di antara anak manusia itu
dengan anggota masyarakat. Justeru, ia menjadi ahli masyarakat dengan meneyrtai
kehidupan sosialnya.
Berdasarkan kepada perkara yang diperhatikan dalam proses
pertumbuhan anak manusia, dapatlah difahami bahawa manusia memiliki aktiviti
kejiwaan, yang memungkinkannya menyertai aktiviti social. Kejiwaan dan social
inilah yang tidak ada pada haiwan, sekalipun jika dipandang dari segi jasmani
tidak banyak perbezaannya antara orang hutan, cimpanzi atau gorilla dengan
manusia. Kerana itulah Julian Huxley, seorang neo-Darwinis yang terkenal juga
menyebut manusia sebagai makhluk yang berjiwa dan bermasyarakat.
Sains sendiri mengakui bahawa dalam diri manusia
ada jiwa, bahkan penganut teori evolusi pun mengakuinya.Apa yang menjadi
permasalahan adalah apakah unsur jiwa itu unsur asal yang berdiri secara
sendiri atau ia hanya merupakan fungsi atau aktiviti dari jasad dengan anggota
tubuh

No comments:
Post a Comment