Mensyukuri Nikmat
Kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini seharusnya
sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang diberi. Terutama pemberian pancaindera
yang biberikan oleh Allah. Dijadikan pula lima buah pancaindera :
1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk
perasa halus, kasar dan sebagainya.
Bagaimanakah cara kita menunjukkan cara kita menghargai
nikmat yang diberi oleh Allah? Ini adalah dengan rasa bersyukur di atas segala
yang diberi. Imam Ibnu Rajab berkata, “Syukur itu dengan hati, lisan dan
anggota badan”.
1. Syukur dengan hati adalah mengakui nikmat tersebut dari
Allah, berasal dari-Nya dan atas keutamaannya. Apabila hatinya bersyukur maka
akan lahirkan bentuk syukur yang kedua dan yang ketiga iaitu syukur dengan
lisan dan perbuatan.
2. Syukur dengan lisan iaitu selalu memuji Yang Memberi
nikmat (Allah), menyebut nikmat itu, mengulang-ulangnya serta menampakkan
nikmat tersebut; Allah s.w.t. berfirman,
وَأَمَّا
بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
Maksudnya “ dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu
menyebut-yebutNya (dengan bersyukur)”. (al-Dhuha:11)
3. Syukur dengan anggota badan iaitu tidak menggunakan
nikmat tersebut, kecuali dalam rangka ketaatan kepada Allah s.w.t., berwaspada
dari menggunakan nikmat untuk kemaksiatan kepada-Nya. Ulamak dalam menghuraikan
ayat;
اعْمَلُوا
آلَ دَاوُودَ شُكْراً وَقَلِيلٌ مِنْ
عِبَادِي الشَّكُورُ
Kami katakan, wahai keluarga Daud bersukurlah kepada Allah
swt atas nikmat yang diberikan kepada kamu iaitu dengan mentaati dan
melaksanakan segala perintah Allah swt dan meninggalkan segala larangannya,
kerana sedikit dari kalangan hambanya yang banyak bersyukur kepada Allah swt
dan Nabi Daud a.s dan keluarganya adalah tergolong dalam golongan yang sedikit
itu.
No comments:
Post a Comment