Assalamualaikum......
Blog ini diterbitkan sebagai penyisian rohani bersama. Blog
ini membincangkan proses kejadian
manusia khususnya dalam perspektif Islam. Moga kita bermuhasabah diri
dan berkongsi ilmu bersama. Blog ini merupakan blog kumpulan yang terdiri
daripada 4 orang ahli iaitu:
- Amirul Mustakim bin Md Tarmizi 16DTP15F1007
- Badrul Amin Bin Muslim 16DTP15F1021
- Muhammed Danial FIkri bin Mohammed Shariff 16DTP15F1024
- Muhd Azwan bin Mohd Jafri 16DTP15F1006
PENGENALAN:
Proses kejadian manusia adalah satu tanda daripada tanda
kekuasaan Allah sebagai Pencipta.Allah menempelak sikap manusia yang sering
lupa dan alpa asal usul kejadian mereka sehinggalah sanggup membantah dan
mempertikaikan hakikat kekuasaan Allah sebagaimana firman Allah yang berbunyi :
Daripada Adam, lalu dijadikan Hawa dan daripada mereka
diciptakan keturunan manusia melalui percantuman benih lelaki dan perempuan
yang dikenali sebagai NUTFAH. Kemudiannya menjadi segumpal darah (ALAQAH)
kemudiannya seketul daging (MUDGHAH) kemudian menjadi beberapa tulang (I’ZHAM)
kemudian tulang yang dibaluti dnegan daging seterusnya lembaga yang ditupkan
roh oleh Allah. Firman Allah yang berbunyi :
Selain itu, Rasulullah juga telah bersabda:
" Bahawasanya seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya di
dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian merupakan alaqah( segumpal darah)
seumpama demikian( selamana 40 hari) kemudian dia merupakan mudghatan (
segumpal daging) seumpama demikian ( selama 40 hari). Kemudian Allah mengutus
malaikat, maka diperintahkan kepadanya (malaikat) empat perkataan. dan
dikatakan kepada malaikat: Engkau tullislah amalannya, rezekinya, ajalnya dan
celaka atau bahagianya.Kemudian ditiupkanlah kepada makhluk itu.... "
(Hadis Riwayat Imam al-Bukhari, 248)


No comments:
Post a Comment